Resepi Pizza Paling Sedap - Step bye Step | Resepi Orchid Mekar

Sunday 13 December 2015

Resepi Pizza Paling Sedap - Step bye Step





Resepi doh pizza ini orchid ambil dari kawan luar negara..
dia dapat resepi ni dari chef dari itali... 
chef itali tu mempunyai restoran pizza terkenal 
di itali tp orchid dh lupa..hehehe 
resepi asal doh itali klik kat sini
orchid dah cuba banyak kali...mmg sedap, rotinya mmg ada rasa la...xtau nk ckp mcm mn..senang sgt nk buat.
jom belajar buat pizza sendiri



ciri-ciri pizza yang cantik adalah bila kita potong masih bergetah cheese dia...kihkihkih...nmpk mengiurkan sgttt



Jom tgk apa y orchid beli utk membuat pizza..
pan pizza...instant yis..bread softener..mozarella cheese..



jenama ni lg sedap dari mauripan

Bahan-Bahan :- 

2 keping pizza bersaiz 10inci...sederhana tebal  @ 1 keping pizza bersaiz 12inci...bersaiz tebal

  
 2 cawan tepung roti @ hi protein
1 sudu kecil yis instant
1 sudu besar Susu tepung 
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil bread softener 
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil origano-optinal
165 ml air

 Cara- Cara

Satukan semua bahan kecuali minyak,
 uli sampai jadi doh tidak melekat baru masukkan minyak,
Uli lagi sampai rata dan rehatkan dalam bekas y disapu minyak,

tutup doh dengan kain lembap supaya doh tak kering- doh y kering akan membuatkan pizza jd keras

Tutup dgn tuala lembap biarkan dia kembang sampai 
tiga kali ganda.

Sebelum perap doh

selepas doh di perap


Tumbuk supaya udara keluar dan potong dua...
 kemudian uli lg, taburkan tepung dan canaikan..
letak dalam bekas pembakar y telah di sapu tepung atau corn meal
dan boleh masukkan cheese di tepi kalau mahu
mcm orchid buat kat bawah tu... 

orchid letak mozarella plus cheddar cheese di tepi..kalau nk best lg guna cheese cheddar dlm bentuk stick

lepas siap gulung cheese leh taburkan origano..tempekkan biar serap dlm doh...sbb orchid lupa nk letak origano dlm doh td..hehehe


releks kan doh anda dlu k...dlm 15-20 minit..baru boleh bakar
Biarkan doh naik dua kali ganda dan lubangkan dgn garfu 

 
hehehe comel tp terbuka skit kt tepi sbb cheese byk sgt kot..kalau xnak terbuka tepi sapukan dengan air atau putih telor supaya melekat kuat skit...supaya cheese kita tak keluar
Bakar doh kosong ke dalam oven dengan suhu 180'c selama 10 minit atau hingga masak.


SOS Base Pizza

Bahan-Bahan 

2 sudu besar minyak
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji buah tomato dicincang/blander
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano kering
1 sudu kecil mix herba
garam secukup rasa

Cara Membuat Sos:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih 

sehingga layu.
Masukkan buah tomato, semua sos, oregano, mix herba

 gula dan garam
Kacau hingga pekat..

sos y lebih boleh simpan dlm botol masuk peti ais.. .

 Bahan-bahan inti:-
(inti ikut kesukaan anda yew)

Setengah biji cili capsicum - potong dadu
Nanas dalan tin secukupnya - potong dadu..
Bawang Hollen - potong nipis
3 Batang Sosej - potong serong
Cendawan Butang - potong nipis
125 gm parutan keju mozzarella -nk sdp tambah la lg
3 keping chese cheddar-cincang atau 125gm parutan keju cheddar 

Resepi Utk Ayam (tabur atas pizza)


1-2 keping dada ayam- dipotong dadu
2-3 ulas bwng putih, 
1 sudu kecil cili flakes
garam secukup rasa 

cara-cara
Tumis bawang sehingga garing..masuk semua bahan dan perasakan dengan garam secukup rasa..kalau malas rebus jew ayam pom boleh jgk..hehehe 


 Cara Menghias Pizza

Jom tgk adk orchid bt 
lepas doh dah masak...sapukan dengan sos base pizza

lepas letak sos..boleh letak cheese dan inti...y ni adk orchid lupa taruk cheese..gelojoh sgt nk letak inti kesukaan dia...hahahaha
taburkan ayam dan nenas..bawang hollen,,,sosej atau apa saje inti kesukaan anda ok!   



dah siap...jom bakar
piza y sedap mmg byk inti...hahaha

Bakar pizza dengan suhu rendah 
145-150'C selama 15 minit atau sehingga masak
nk tau masak tgk roti n inti @ cheese cair dan kekuningan sedikit
jgn smpai rentung yew..huhuhuh


jom bakar
orchid guna pisau jew...potong guna alat pemotong pizza tu baru cantik...kan




tgk anak buah orchid ni..hehehe sampai pejam mata menikmati keenakan pizza buatan orchid..yummiee


Nak cuba resepi hawaii chicken pizza boleh klik kat sini 
doh gebu dan lembut tak kurang hebatnya..huhu rekaan orchid sendiri






No comments:

Post a Comment