Resepi Doh Pizza Italy Paling Sedap | Resepi Orchid Mekar

Tuesday 8 December 2015

Resepi Doh Pizza Italy Paling Sedap





Resepi doh ni adalah resepi asli dari Itali...kwn orchid yang bagi..
dia penah duk luar negara, dan pernah berguru dengan master chef..
yaitu guru kepada chef wan..huhuhu..
resepi ini dia ambil daripada kwn y mempunyai kedai terkemuka di itali
adunan di bawah untuk sebiji pizza bersaiz besar...
pepom jom try resepi kt bawah..baru tau kan..
ckp byk pon xguna..hahahaha 

Bahan-Bahan :-

2 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis instant
1 sudu besar Susu tepung 
1/2 sudu keci garam
1/4 sudu kecil bread softener 
1 sudu besar minyak
165 ml air

 Cara- Cara

Satukan semua bahan kecuali minyak uli sampai jadi doh tidak melekat baru masuk minyak,
Uli lagi sampai rata dan rehat kan dalam bekas y disapu minyak,
Tutup dgn tuala lembap biarkan dia kembang sampai 
tiga kali ganda.



Tumbuk supaya udara keluar dan potong ikut kesukaan kita kemudian uli lg, taburkan tepung dan canaikan..
letak dalam bekas pembakar
biar naik dua kali ganda  dan lubangkan dgn garfu 
bakar doh kosong ke dalam oven dengan suhu 180'c selama 10 minit atau hingga masak.
Nak belajar buat pizza step bye step klik kat sini


 setelah doh masak letaklah toping ikut suka kita dan 
bakar sampai masak..
nak tau cara masak topping hawaiii chicken bleh klik kat  sini
 


2 comments: